Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah ketika ditemui pemberita selepas hadir Majlis Sejambak Kasih Aidilifitri 2023 di Majma Mall pada Isnin. Foto: Izzah Kamilah (TVS)

JKM Sarawak bersedia salur bantuan musim kemarau

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 17 April: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bersedia untuk menyalurkan bantuan kepada penduduk terjejas pada musim kemarau yang dijangka melanda Sarawak.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, bantuan itu akan diagihkan di kawasan pedalaman yang terputus bekalan air paip serta mereka yang bergantung kepada kaedah tadahan air hujan.

Kata beliau, bagi kawasan bandar pula, penduduk yang terjejas pula diminta supaya memaklumkan kepada JKM atau Residen setiap daerah atau bahagian yang juga merupakan Pengerusi Jabatan Bencana di kawasan berkenaan.

“Bagi memudahkan penyaluran bantuan kelak, JKM akan bekerjasama dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak.

“JKR akan membekalkan air dalam tangki manakala air botol daripada JKM dikhas kepada kawasan luar bandar,” katanya kepada pemberita selepas selepas hadir Majlis Sejambak Kasih Aidilifitri 2023 di Majma Mall hari ini.

 

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Mohammad Razi Sitam.

Mengulas lanjut, Fatimah memberitahu, bekalan air yang disediakan ialah bagi tempoh seminggu dan jika gangguan berlarutan, tuai rumah atau Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) perlu memaklumkan kepada JKM atau Pengerusi Jabatan Bencana kawasan masing – masing.

“Sehingga Ahad lepas, sebanyak 2,258 kotak air telah disalurkan kepada empat kawasan di Perpat Kabong,” katanya.

Sementara itu, seramai 100 orang yang menerima bantuan wang tunai RM100 serta pelbagai bantuan lain pada majlis berkenaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan