Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pembakaran terbuka ketika musim panas akan menjejaskan kualiti udara. Foto hiasan.

Elak lakukan pembakaran terbuka ketika musim panas – Bomba

ByAmirah Shawel

KUCHING, 17 April: Orang ramai diingatkan agar tidak melakukan pembakaran terbuka terutama ketika musim panas ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Datu Khiruddin Drahman berkata pembakaran terbuka menyumbang terhadap pencemaran udara dan jerebu.

Menurutnya, JBPM Sarawak bersama agensi berkaitan akan terus memantau aktiviti pembakaran terbuka bagi tujuan pertanian atau tebas dan bakar.

“Sebarang kaedah pembakaran terbuka bagi membersihkan kawasan untuk tujuan pertanian perlu dilakukan dengan berjaga-jaga,” katanya dalam satu kenyatan hari ini.

Cuaca panas berpanjangan tanpa hujan menyebabkan beberapa kawasan di Malaysia dilanda jerebu.

Malaysia dijangka dilanda cuaca panas sehingga Ogos ini ekoran musim peralihan monsun.

Beberapa lokasi di Malaysia turut mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat seperti Seberang Jaya, Pulau Pinang dan Cheras, Selangor.

Bahagian Kuching dan Samalaju mencatatkan IPU tertinggi di Sarawak dengan bacaan sederhana iaitu IPU 85 setakat 2.45 petang Isnin. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan