Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua, kanan) dan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg (kanan) meletakkan tangan sebagai gimik Majlis Perasmian Rais Hotel dan Convention Centre Kuching dan Majlis Berbuka Puasa Bersama Asnaf dan Anak Yatim hari ini.Foto Bernama.

Bukan mahu bersaing, Sarawak hanya mahu stabilkan harga tiket penerbangan – Abang Johari

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 17 April: Kerajaan Sarawak tidak berhasrat untuk bersaing dengan syarikat penerbangan sedia ada berikutan hasrat untuk menubuhkan syarikat penerbangannya sendiri, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau yang juga Premier Sarawak berkata, langkah berkenaan bertujuan untuk menstabilkan harga tiket penerbangan ke Sabah dan Sarawak.

Baca artikel berkaitan >>> Kerajaan setuju Sarawak miliki syarikat penerbangan sendiri – Anwar

Kata Abang Johari di Kepulauan Borneo, masalah pengangkutan menjadi isu memandangkan kebanyakan kawasan hanya boleh diakses menerusi pengangkutan udara.

“Namun tambang penerbangannya terlalu mahal.

“Oleh itu, Kerajaan Sarawak memohon untuk menubuhkan boutique airline, jadi diharapkan agar Perdana Menteri dapat meluluskan (permohonan ini).

“Harga tiket penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kuching saya lihat (kadarnya) seperti harga tiket penerbangan dari Kuala Lumpur ke Hong Kong,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Hotal Raia dan Pusat Konvensyen Kuching dan Majlis Berbuka Puasa Bersama Asnaf dan Anak Yatim yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini hari ini.

Turut hadir, dua Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Dato Sri Dr. Sim Kui Hian.

Ke arah menjayakan pelan itu Abang Johari berkata, Kerajaan Sarawak  bersedia untuk membuat pelaburan bagi mengoperasikan syarikat penerbangan ‘kecil’ sekali gus membolehkan lebih ramai pelancong dan pelabur datang ke Sarawak.

“Sebenarnya Sarawak menerima banyak pelaburan, sudah tentu dengan kemudahan hotel dan kemudahan lain, ia dapat dijadikan kegunaan para pelabur dan pelawat yang berkunjung ke sini,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan