Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Aroma Sungkei – Episod 25 | Resipi Ayam Kacangma & Sambal Tumis Telur Rebus

ByTVS

HIDANGAN apa yang disajikan dalam Aroma Sungkei kali ini? Ikuti rancangan Sungkei Episod 25 yang telah disiarkan di TVS Saluran 122 Astro dan MYTV pada Ahad (16 April).

Dua menu yang dipertontonkan ialah Ayam Kacangma dan Sambal Tumis Telur Rebus. Sekiranya anda ingin mencuba, ikuti dua resipi sajian di bawah.

Ayam Kacangma

Bahan-bahan:

1 dada ayam
7 inci halia
1 cawan daun kacangma
1/2 cawan air
Garam

Cara memasak:

  1. 1. Perap ayam dengan daun kacangma & halia
  2. 2. Masak tanpa minyak
  3. 3. Masukkan sedikit air sedikit demi sedikit sehigga ayam masak
  4. 4. Masukkan garam
  5. 5. Biarkan kering
  6. 6. Sedia dihidang

Sambal Tumis Telur Rebus

Bahan-bahan:

4 biji telur rebus
1 bawang besar
3 sudu cili kisar
3 sudu air asam jawa
1 sb gula apong
Garam
5 biji bawang merah

Cara memasak:

  1. 1. Goreng telur rebus
  2. 2. Kisar bawang merah, bawang besar dan bawang putih
  3. 3. Tumis bahan kisar bersama cili kisar
  4. 4. Masak sehingga pecah minyak
  5. 5. Masukkan gula apong, garam dan air asam jawa
  6. 6. Masukkan telur rebus yang sudah digoreng
  7. 7. Masak selama 3 minit
  8. 8. Sedia dihidang

 

Aroma Sungkei bersiaran setiap hari sepanjang Ramadan pada jam 5.15 petang, ulangan keesokan harinya jam 10.15 pagi di TVS saluran 122 Astro dan MYTV. 

Anda juga boleh menonton episod penuh Aroma Sungkei di YouTube TVS Entertainment dan sedutan menarik di media sosial TVS Entertainment di FacebookInstagram dan TikTok. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan