Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr. Abdul Rahman bergambar bersama tetamu dan penerima pada majlis Penyampaian Sumbangan Raya PERKIM Limbang dan Pusat Khidmat Masyarakat Bukit Kota di Masjid Baitul Iman Daerah Limbang semalam. Foto: TVS

PERKIM Limbang bakal mempunyai bangunan pejabat sendiri

LIMBANG, 16 April: Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Cawangan Limbang bakal mempunyai bangunan pejabat sendiri selepas tapak tanah bagi pembinaan pejabat itu sudah dikenal pasti untuk dikemukakan kepada Jabatan Tanah dan Survei (JTS).

Datuk Dr. Abdul Rahman menyerahkan duit raya kepada salah seorang anak yatim pada majlis Penyampaian Sumbangan Raya PERKIM Limbang dan Pusat Khidmat Masyarakat Bukit Kota di Masjid Baitul Iman Daerah Limbang semalam. Foto: TVS

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (M-FICORD), Datuk Dr. Abdul Rahman Ismail berkata, kemudahaan itu amat diperlukan bagi membolehkan serta memudahkan badan dakwah tersohor itu menjalankan kegiatan keagamaan, pendidikan dan dakwah.

Jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota itu lagi dengan adanya bangunan dan pejabat sendiri pelbagai program akan dapat dilaksanakan memandangkan badan tersebut merupakan antara yang paling aktif menjalankan program di Sarawak.

“Difahamkan PERKIM memerlukan bangunan sendiri dan Alhamdulillah kita telah mendapat dua tapak tanah untuk PERKIM dan kita akan berjumpa dengan Jabatan Tanah dan Survey (JTS) untuk memastikan bahawa pusat itu mendapatkan tanah dan untuk pejabat akan terlaksana dalam masa yang terdekat,” katanya ketika ditemui media selepas Penyampaian Sumbangan Raya PERKIM Limbang dan Pusat Khidmat Masyarakat Bukit Kota di Masjid Baitul Iman Daerah Limbang semalam.

Turut sama pada program itu ialah isteri Dr. Abdul Rahman yang juga Pengerusi PERKIM Cawangan Limbang Datin Dayang Maimunah Awang Mohd Daud dan Pengerusi Persatuan Melayu Limbang (PML) Mohamad Abu Bakar.

Kata beliau, PERKIM Limbang turut memperluaskan penganjuran program dakwah, keagamaan, sosial dan kemasyarakatan selain menyantuni golongan memerlukan.

Malah katanya, PERKIM Cawangan Limbang terus mengiatkan usaha menghulurkan sedekah amal jariah kepada mereka yang memerlukan sejajar dengan tuntutan agama Islam khususnya pada bulan Ramadan Al Mubarak ini.

Pada majlis itu seramai 252 pernerima membabitkan anak-anak yatim, golongan ibu tunggal dan orang kurang upaya (OKU) menerima sumbangan duit raya. –TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan