Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Julaihi Narawi (kiri) menghulurkan sumbangan kepada Razali dalam satu majlis ringkas petang semalam. Foto: TVS

Mangsa kebakaran Kampung Tebelu hargai keprihatinan Datuk Julaihi

SEBUYAU, 16 April: Ucapan terima kasih diberikan mangsa kebakaran Kampung Tebelu dengan keprihatinan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Datuk Julaihi Narawi atas sumbangan yang dihulurkan kepada mereka.

Dalam kejadian yang berlaku pada Isnin lalu, dua buah rumah terbakar akibat litar pintas yang berlaku di salah sebuah rumah kira-kira jam 2.10 petang manakala dua lagi rosak akibat terkena tempias bahang api kebakaran.

Salah seorang mangsa kebakaran yang ditemui TVS, Razali Merais berkata, walaupun sedih akibat kehilangan rumah dan harta benda menjelang Aidilfitri yang berbaki kurang seminggu lagi beliau berterima kasih atas keprihatinan ADUN kawasan itu.

“Syukur Alhamdulillah atas bantuan yang diberikan oleh Datuk Julaihi.

“Perasaan saya sememangnya sedih kerana anak-anak saya yang kini bekerja di Semenanjung biasanya akan pulang ke kampung dan tidur di rumah pada Hari Raya.

“Sekarang rumah ini tiada lagi dan saya sangat terkilan kerana mereka pulang ke kampung yang tiada lagi rumah untuk tidur,” katanya sambil menahan sebak.

Razali kini menetap di rumah seorang lagi anaknya yang berada di belakang rumah miliknya yang hangus dalam kebakaran tersebut.

Beliau sekeluarga kini tinggal sehelai sepinggang menganggarkan kerugian sekitar RM100,000.

Petang semalam sumbangan disampaikan Datuk Julaihi Narawi kepada keluarga mangsa di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Tebelu.

Julaihi turut meluangkan masa menyantuni keluarga mangsa dengan melawat tapak kebakaran bersama Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) Sarawak, Adiman Ajem dan Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Syed Mohd Fauzi Shahab.

Terdahulu Ahli Parlimen Batang Lupar Mohamad Shafizan Kepli mengesa kerajaan agar menyegerakan pembinaan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) di kawasan luar bandar bagi mengelakkan kejadian serupa berulang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan