Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sepasukan anggota dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan dipanggil untuk memadamkan kebakaran di premis berkenaan. Foto BBP Teluk Intan.

Lelaki bakar kedai telefon, marah cinta ditolak

ByBernama

IPOH, 16 April: Berang cintanya ditolak, seorang lelaki tergamak membakar sebuah kedai menjual telefon pintar sehingga kerugian kira-kira RM100,000 di Langkap dekat Teluk Intan petang semalam.

Ketua Polis Hilir Perak Asisten Komisioner (ACP) Ahmad Adnan Basri berkata, anggota Balai Polis Langkap menerima laporan kejadian pada 3.19 petang daripada seorang wanita berusia 46 tahun yang bekerja di kedai telefon berkenaan.

Beliau berkata dalam laporannya, wanita berkenaan menyatakan lelaki berusia 54 tahun dan tidak mempunyai pekerjaan itu datang ke premis itu pada 2.30 petang lalu mengamuk sehingga mencederakan wanita berkenaan serta melemparkan kata-kata berunsur lucah.

Menurut Ahmad Adnan, lelaki itu turut mengancam keselamatan wanita itu dengan mengugut akan membakar wanita berkenaan dan premis itu.

“Disebabkan terlalu takut, wanita berkenaan bergegas ke Balai Polis Langkap untuk membuat laporan. Semasa laporan dibuat, kedai tempat wanita itu bekerja yang juga milik adiknya telah dilaporkan terbakar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Adnan berkata kebakaran di premis itu berjaya dipadamkan oleh pihak bomba dan kerugian akibat kejadian dianggar lebih kurang RM100,000.

Beliau berkata menurut saksi di tempat kejadian, lelaki itu dilihat menyimbah petrol lalu membakar kedai berkenaan.

Menurut Ahmad Adnan motif kejadian dipercayai berpunca akibat cinta lelaki itu ditolak wanita berkenaan.

Lelaki itu beberapa bulan kebelakangan ini sering kali datang ke kedai itu dalam keadaan mabuk serta cuba memikat wanita berkenaan namun wanita itu menolak dengan cara baik kerana telah berkahwin dan mempunyai tiga anak.

“Semasa tangkapan dijalankan, lelaki itu didapati melecur di bahagian muka, tangan dan kaki. Lelaki itu ditangkap dalam keadaan mabuk dipercayai di bawah pengaruh alkohol,” katanya sambil menambah lelaki  berkenaan dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk rawatan susulan.

Ahmad Adnan berkata lelaki itu direman lima hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 435/323 Kanun Keseksaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan