KUCHING, 16 April: Empat filem pendek yang merupakan sentuhan anak Sarawak bakal ditayangkan sempena Mini Film Festival (MFF) anjuran Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada Selasa ini (18 April).
Dikelolakan oleh Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, empat karya itu ialah For You Forever 21, My Wedding Video, The New World dan Nursery Rhymes.
For You Forever 21 yang diarahkan oleh Pei Sze Wong mengisahkan pelajar Malaysia di Taiwan, A Xin yang bertemu dengan abangnya pada hari lahirnya.
Bagaimanapun dia terpaksa berpisah dengan abangnya selepas meraikan ulang tahunnya itu.
My Wedding Video hasil garapan Mien.ly pula akan membawa penonton menghayati kisah Sofea yang gemar menonton video perkahwinan.
Ini membuatkan penonton tertanya bagaimana dengan video perkahwinannya pula.
“Filem The New World oleh Annabel Tiu dan Gwai Lou manakala Nursery Rhymes oleh Michael Kam pula merupakan dua filem Sarawak yang mendapat sentuhan pembikin filem dari Itali dan Singapura akan turut ditayangkan pada MFF.
“Selain menyajikan jalan cerita menarik dan membawa memori kepada penonton, filem – filem ini juga bakal menjentik emosi,” jelas fakuti berkenaan menerusi kenyataan media hari ini.
Kesemua filem pendek ini akan ditayangkan di Auditorium, PeTARY UNIMAS pada pukul 8 malam dan sesi perbincangan akan diadakan selepas tayangan.
Orang ramai yang berminat boleh mendaftar di https://bit.ly/MFFxMAF dan hubungi Nadya di talian 010-592 8507 untuk maklumat lanjut. – TVS