Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar hiasan. Foto: Envato

Elak jadi mangsa sindiket curi pada musim perayaan

TAWAU, 16 April: Polis menasihatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati ketika berbelanja pada musim perayaan bagi mengelak menjadi mangsa sindiket curi.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, sindiket curi sering mengambil peluang ketika orang ramai sedang leka membeli-belah menyebabkan penjenayah mencari peluang untuk melakukan jenayah.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin. Foto: PDRM

Menurutnya, kes terbaharu di daerah itu membabitkan seorang pesara yang kerugian RM300 dan kehilangan dokumen pengenalan diri dan perbankan dalam kejadian curi ketika parkir di Jalan Bunga pada Sabtu.

Kejadian itu katanya, berlaku pada jam 11.15 pagi semasa mangsa yang berusia 57 tahun berada di dalam kenderaan telah didatangi seorang lelaki tidak dikenali dan mengetuk cermin pintu memberitahu terdapat paku pada tayar belakang.

“Mangsa keluar dari kenderaannya untuk memeriksa dan mendapati tidak ada paku pada tayarnya dan apabila masuk semula ke dalam kenderaan dia mendapati beg sandang yang diletakkan di atas kerusi sebelah pemandu telah hilang,” katanya dalam kenyataan.

Jasmin berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan