Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar hiasan. Foto Bernama.

Dakwaan harga tiket kelas ekonomi KL – Tawau RM3,138 tidak tepat – Anthony Loke

ByBernama

PUTRAJAYA, 16 April: Dakwaan harga tiket mencecah RM3,138 bagi kelas ekonomi penerbangan Kuala Lumpur ke Tawau pada 20 April ini adalah tidak tepat, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Menerusi kenyataan media, Loke berkata beliau menghubungi Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines Bhd (MAB) Kapten Izham Ismail hari ini dan telah dimaklumkan mengenai percanggahan fakta terbabit.

Baca artikel berkaitan:

  1. 1. Harga istimewa tiket penerbangan buat mahasiswa IPTA akan diumum – Loke
  2. 2. Penerbangan tambahan AirAsia dengan tambang tetap ke Sarawak dapat sambutan

“Izham telah mengesahkan semua tiket kelas ekonomi untuk penerbangan Kuala Lumpur-Tawau pada hari tersebut telah habis dijual dan tiket yang tinggal hanya kelas perniagaan.

“Beliau juga mengesahkan harga tiket tersebut bukan untuk kelas ekonomi tetapi untuk kelas perniagaan dan harga tiket tersebut ialah RM2,863.40 dan bukan RM3,138,” katanya.

Loke berkata demikian bagi menjelaskan dakwaan bekas Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong yang dilapor menyifatkan harga tiket bagi kelas ekonomi penerbangan Kuala Lumpur ke Tawau pada 20 April ini terlalu mahal iaitu RM3,138.

Beliau meminta Wee untuk memperbetul fakta terbabit dan memahami perbezaan antara tiket penerbangan kelas perniagaan dengan kelas ekonomi.

“Namun begitu, saya mengucapkan terima kasih kepada beliau atas keprihatinan terhadap isu tiket penerbangan yang tinggi dan pandangan mengenai tambahan kapasiti,” katanya.

Loke turut memaklumkan akan mengadakan sidang media esok di Kementerian Pengangkutan di sini untuk memberikan fakta tambahan mengenai kapasiti penerbangan bagi sambutan Aidilfitri tahun ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan