Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Douglas Uggah Embas. Pix: Faitullah Morni (TVS)

Cuaca panas, kering: JPBN Sarawak akan bermesyuarat tidak lama lagi – Uggah

KUCHING, 16 April: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak akan bermesyuarat tidak lama lagi berikutan keadaan cuaca panas dan kering ketika ini, kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Uggah, yang juga Pengerusi JPBN berkata, mesyuarat itu akan memberi tumpuan perbincangan dan usaha pencegahan kejadian jerebu.

“Musim landas (monsun) sudah berakhir dan sejak minggu lalu kita mengalami cuaca panas dan kering. Jadi, kita ingin memberi amaran kepada semua Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian untuk memantau dengan teliti semua kawasan panas dan berpotensi di bahagian masing-masing.

“Mereka mesti sentiasa bersiap siaga…untuk membuat persediaan sewajarnya dalam menangani kejadian kebakaran dan masalah lain yang berkaitan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau juga berharap rakyat dan pihak industri perladangan agar tidak melakukan sebarang pembakaran terbuka.

“Sentiasa padamkan api yang anda nyalakan di kebun, ladang atau sebelum anda pulang.

“Semakin panjang musim kemarau, kayu dan sisa tumbuh-tumbuhan akan menjadi sangat mudah terbakar dan kebakaran kecil sebenarnya lebih berbahaya kerana ia boleh bertukar menjadi besar, terutama di kawasan tanah gambut,” tambahnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan