Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Fatimah (dua dari kiri) menerima cenderahati dari Pengerusi Sarawak Hun Nam Siang Tng, Tay Boon Sin di Sarawak Hun Nam Siang Tng pada Ahad. Foto: Kamilah Yunus (TVS)

Bantuan tanpa kira kaum bukti perpaduan di Sarawak – Fatimah

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 16 April: Inisiatif persatuan bukan beragama Islam yang turut memberikan sumbangan kepada golongan memerlukan pada Ramadan ini merupakan bukti keharmonian yang wujud di Sarawak.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak – Kanak dan Kesejahteraan Komuniti negeri, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, pihaknya serta Kerajaan Sarawak terharu kerana ikatan perpaduan di sini terus dikukuhkan termasuk pada musim perayaan.

“Aktiviti ini juga telah ditekankan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu dalam soal kebajikan dan belas kasihan, kita perlu membantu golongan yang tidak berkemampuan termasuklah orang miskin dan warga emas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Majlis Hari Raya Gifts Presentation For The Under-Priviledged di Sarawak Hum Nun Nam Siang Tng di sini hari ini.

Seramai 99 keluarga menerima bantuan wang tunai dan makanan menerusi program itu yang dilaksanakan dengan kerjasama 38 Yayasan Amal Cinta.

Sarawak Hun Nam Siang Tng sebelum ini juga menyediakan tempat tinggal untuk gelandangan warga emas dan beberapa bantuan lain kepada masyarakat pelbagai kaum dan agama di seluruh Sarawak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan