Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Julaihi Narawi merakam gambar kenangan bersama kakitangan PEDi Tebelu dan penduduk setempat. Foto: TVS.

PEDi bantu masyarakat luar bandar celik IT

SEBUYAU, 15 April: Penubuhan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) di beberapa kawasan luar bandar terpilih dilihat mampu membantu golongan sasaran terutama remaja dan belia di kawasan tersebut untuk memahirkan diri dalam bidang Teknologi Maklumat (IT).

Malah penubuhan PEDi juga dilihat telah berjaya membimbing golongan usahawan muda dalam memasarkan produk jualan mereka menerusi platform e-Dagang, hasilnya ada di kalangan usahawan ini yang berjaya mendapat pendapatan dua kali ganda sebelumnya menerusi latihan diterima di PEDi, menurut Pengurus PEDi Tebelu, Nur Azmina Mohammad.

“Di PEDi Tebelu kita mempunyai 25 usahawan yang dilatih oleh kakitangan terlatih di PEDi dalam memasarkan produk jualan mereka menggunakan platform e-Dagang iaitu Shopee dan juga platform media sosial seperti Facebook.

“Usahawan ini dibimbing dari pelbagai aspek. Antaranya cara mempromosi online, mencipta logo dan jenama menggunakan aplikasi Canva dan sebagainya,” katanya dalam temubual bersama TVS sempena lawatan kerja Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi ke PEDi Tebelu di Kampung Tebelu hari ini.

Hadir sama Pengarah Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia Adiman Ajem dan Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Syed Mohd Fauzi Shahab.

Selain bimbingan kepada usahawan dalam menggunakan platform digital untuk memasarkan produk mereka, beberapa kelas ICT turut ditawarkan secara percuma tujuh hari seminggu kepada penduduk di Kampung Tebelu.

Antaranya kelas tersebut adalah asas penggunaan email, asas menaip dan penggunaan aplikasi mudah seperti Canva, Excel dan Powerpoint.

Untuk rekod sebanyak 133 buah PEDi telah dibina di seluruh Sarawak dalam usaha mempergiatkan transformasi digital di kalangan penduduk luar bandar. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan