Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Julaihi Narawi (tengah) mendengar penerangan mengenai status pembinaan menara telekomunikasi di Kampung Klait dari Adiman (berbaju biru). Foto: TVS

Kerajaan Sarawak labur RM1.8 bilion bina menara telekomunikasi

SEBUYAU, 15 April: Kerajaan Sarawak melabur sebanyak RM1.8 bilion bagi membina menara telekomunikasi di negeri ini.

Jumlah itu menurut Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi tidak termasuk peruntukan yang disalurkan Kerajaan Persekutuan bernilai RM4 bilion menerusi Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).

Beliau berkata, pembinaan sesebuah menara telekomunikasi melalui beberapa fasa dan melibatkan beberapa pihak lain, selain mahu semua pihak memahami pembinaan menara tersebut memerlukan sedikit masa bagi memastikan ia beroperasi sepenuhnya.

“Apabila sesebuah menara siap didirikan, terdapat fasa kedua iaitu proses pemasangan peralatan telekomunikasi oleh operator rangkaian telekomunikasi yang dipilih.

“Seterusnya bekalan elektrik akan disalurkan ke menara ini, baharulah menara ini boleh berfungsi sepenuhnya sebagai sebuah menara telekomunikasi,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau itu berkata demikian bagi menjelaskan dakwaan sesetengah pihak kononnya menara telekomunikasi yang telah siap dibina tidak berfungsi dalam satu lawatan kerja di tapak pembinaan menara telekomunikasi di Kampung Klait, Sebuyau, hari ini.

Hadir sama Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) Sarawak, Adiman Ajem dan Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Syed Mohd Fauzi Shahab.

Sebanyak sembilan menara telekomunikasi didirikan di Sebuyau dengan tiga telah siap dan beroperasi sepenuhnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan