Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mazli Mustaffa mengagihkan bubur lambuk kepada Mohd Dzulfrizal Zulkapli pada Program Semarak Ramadan Agihan Bubur Lambuk anjuran Sarawak Metro di Kuching, hari ini. Foto: Samuel (TVS)

Sarawak Metro agih 1,000 pek bubur lambuk sempena Program Semarak Ramadan

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 14 April: Sarawak Metro mengagihkan sebanyak 1,000 pek bubur lambuk kepada orang ramai menerusi Program Semarak Ramadan Agihan Bubur Lambuk, hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Metro, Mazli Mustaffa berkata, program berkenaan diadakan di tiga lokasi secara serentak di sekitar bandar raya ini dan Kota Samarahan.

“Selain CityONE yang mewakili jajaran garisan merah (bagi Transit Aliran Autonomi), ada juga program yang sama dijalankan di Aiman Mall yang mewakili jajaran garisan biru.

“Sementara satu lagi program pula diadakan di Mydin Bandar Baru Samariang yang mewakili jajaran garisan hijau,” katanya kepada TVS semasa Program Semarak Ramadan Agihan Bubur Lambuk di Cityone, di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Media Group, Mohd Dzulfrizal Zulkapli.

Menurut Mazli, program tersebut merupakan sebahagian daripada aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) Sarawak Metro dalam usaha menyokong kempen pada Ramadan.

“Selain kita bersedekah pada Ramadan yang mulia ini, program sedemikian turut dapat membabitkan penglibatan orang awam,” katanya.

Sarawak Metro Sdn Bhd merupakan pengendali utama projek ART Sarawak.

Pada Julai 2022, Sarawak Metro telah mengumumkan tiga laluan utama untuk projek ART iaitu laluan merah, biru dan hijau. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan