SIBU, 14 April: Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 10 Sibu merampas pelbagai jenis minuman keras dan rokok kontraban dalam dua operasi (Op Taring Alpha) berasingan melibatkan keseluruhan rampasan bernilai RM388,236.
Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili berkata, serbuan pertama pada Khamis ke atas sebuah premis runcit di Jalan Aman merampas pelbagai jenis rokok yang dianggarkan bernilai RM28,320.
Menerusi kenyataan media, beliau berkata serbuan kedua, dilakukan ke atas sebuah rumah di Jalan Nibong pada hari sama merampas pelbagai jenis minuman beralkohol serta rokok dengan nilai rampasan RM359,916.
Kesemua rampasan disyaki tidak bercukai dan kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1969. – TVS