Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Naib Presiden PDP Negeri, Datuk Dr Penguang Manggil bergambar bersama tetamu lain pada Majlis Makan Malam Pemimpin Bersama Ahli PDP. Foto: TVS

PDP Batu Danau susun strategi raih kepercayaan rakyat sokong GPS

LIMBANG, 14 April: Ahli Parti Demokratik Progresif (PDP) Batu Danau diajak menyusun strategi untuk mengembalikan sokongan dan undian rakyat di konstituensi tersebut sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Naib Presiden PDP Negeri, Datuk Dr Penguang Manggil berkata, kerusi Batu Danau yang dipegang Gabungan Parti Sarawak (GPS) hanya memperolehi majoriti 706 undi pada PRN-12 lalu yang dianggapnya keadaan yang membimbangkan.

Justeru Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak itu berkata, ahli-ahli PDP perlu memikirkan langkah seterusnya untuk membantu komponen parti GPS mencapai kemenangan sekali gus memperoleh majoriti tinggi pada PRN akan datang.

“Jika kita lihat pada PRN lepas, Pengerusi PDP Batu Danau Kaunselor Andrew telah menerangkan kepada saya dan saya percaya serta bersetuju dengannya bahawa kita perlu risau mengenai perkembangan di Batu Danau.

“Kalaulah Pilihan Raya Umum (PRU) kita menang dengan majoriti besar, saya menyentuh mengenai Limbang, Dewan Undangan Negeri (DUN) cuma meraih majoriti 700 dan kita mesti bimbang dan mengambil langkah seterusnya, apa yang berlaku di sini, di DUN Batu Danau dan juga di Limbang,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Pemimpin Bersama Ahli PDMajlis Makan Malam Pemimpin Bersama Ahli PDP di Purnama Hotel pada Khamis.

Turut hadir Pengerusi PDP Batu Danau, Kaunselor Andrew Tukau, Exco Pemuda PDP Negeri, Kaunselor Daniel Taha, Exco Wanita PDP Negeri Lim Goon Tee.

Penguang menjelaskan lagi, ahli PDP perlu terus mendekati rakyat dan memahami keperluan mereka di kawasan Batu Danau serta bekerja secara berpasukan.

Pada masa sama, mereka perlu mahir menggunkaan sumber, kemampuan dan kebolehan yang ada walaupun PDP tidak mempunyai kerusi yang banyak diperuntukkan kepada parti itu di Sarawak.

“Kita jangan berdasarkan kepada kerusi yang kita menangi, tetapi kita mesti berdasarkan peruntukan asal, itu prinsip kita.

“Tetapi kalau kita lantang bersuara di peringkat kabinet dan di peringkat pucuk pimpinan saya yakin kita akan dihormati walaupun kita mempunyai sedikit kerusi…lima orang saja ADUN,” katanya lagi.

Untuk Rekod Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau, Paulus Palu Gumbang yang mewakili GPS bagi kerusi DUN Batu Danau menang dengan majoriti 706 undi.

Beliau memperoleh 3,030 undi dan berjaya menewaskan tiga lagi calon dari parti lain dalam PRN-12 Sarawak.

Untuk DUN Batu Danau menyaksikan seramai 9,375 orang telah berdaftar untuk PRN-12.-TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan