Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Puan Sri Datuk Amar Juma'ani Tun Tuanku Bujang, Dato Sri Dr Sim Kui Hian dan Dato Sri Fatimah Abdullah bersama wakil pelbagai agensi pada Majlis Simbolik Penyerahan Sumbangsih Raya 2023 di Kuching, hari ini. Foto: Bernama

Kerajaan Sarawak ceriakan pasukan keselamatan menerusi Sumbangsih Raya

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 14 April: Sebelas agensi kerajaan yang terdiri daripada pasukan keselamatan dan penguatkuasaan menerima Sumbangsih Raya 2023 daripada Kerajaan Sarawak, hari ini.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata sumbangan berbentuk juadah Aidilfitri itu merupakan tanda tulus ikhlas serta kasih sayang kerajaan terhadap anggota barisan hadapan yang bertugas semasa lebaran.

“Ketika masyarakat menyambut Hari Raya mereka (barisan hadapan) berapada di hutan, ada yang berada di perbatasan dan ada juga yang berada di laut.

“Kerajaan Sarawak menerusi kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak Dan Kesejahteraan Komuniti tampil menambah keceriaan kepada mereka, setidak-tidaknya ada hidangan jamuan raya tatkala mereka berjauhan dengan keluarga,” katanya berucap pada Majlis Simbolik Penyerahan Sumbangsih Raya 2023 di sini.

Antara agensi penerima pada majlis itu terdiri daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Penjara Malaysia (JPM) , Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Negeri Sarawak (UKPNS).

Pada tahun ini, 12,000 kontena sumbangsih diagihkan, berbanding 11,500 kontena pada tahun lepas.

Kerja-kerja pembungkusan itu dijayakan oleh warga kerja Jabatan Wanita Dan Keluarga Sarawak, 11 agensi penerima serta warga kerja Sarawak Media Group (SMG) selama tiga hari bermula 4 April lalu.

Hadir sama, isteri Abang Johari, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang, Timbalan Premier Sarawak Dato Sri Prof Dr Sim Kui Hian, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah serta dua timbalannya, Datuk Rosey Yunus dan Mohammad Razi Sitam. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan