Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Simbolik Penyerahan Sumabang Raya 2023 di Wisma Bapa Malaysia. Foto: TVS

Abang Johari beri bayangan tambah bonus hujung tahun ini

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 14 April: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberi bayangan bahawa penjawat awam akan mendapat bonus tambahan pada hujung tahun nanti.

Abang Johari berkata hasrat itu bertujuan untuk membantu rakyat menambah sumber kewangan agar mencukupi untuk menyediakan keperluan anak-anak yang bersekolah.

“Katakan setiap tahun kerajaan Sarawak memberi insentif berjumlah sebulan setengah gaji dan daripada jumlah tersebut kita akan tambah lagi bonus bagi menggantikan bonus yang sebelum ini diterima pada setiap Hari Raya Aidilfirti,” jelas Beliau.

Abang Johari berkata demikian ketika berucap pada Majlis Simbolik Penyerahan Sumbangsih Raya 2023 di Wisma Bapa Malaysia di sini, hari ini.

Baca artikel berkaitan > > > Tiada bonus raya, Premier Sarawak beri bayangan bonus hujung tahun

Menurut Abang Johari, kabinet Sarawak turut bersetuju untuk menggantikan insentif raya yang akan disalurkan pada setiap hujung tahun.

“Pendekatan saya berbeza berbanding negeri-negeri lain, dan saya percaya ia akan memberi manfaat kepada rakyat di negeri ini,” ujar Abang Johari lagi.

Dalam pada itu Abang Johari juga menyeru kepada rakyat agar berbelanja dengan berhemah pada setiap kali musim perayaan bagi menjamin kestabilan kedudukan kewangan mereka.

Terdahulu, pada 12 April, Abang Johari mengumumkan kerajaan Sarawak telah memutuskan tidak akan memberi bonus kepada penjawat awam negeri pada Hari Raya Aidilfitri kali ini.

Jelas beliau keputusan itu berikutan untuk berlaku adil kepada semua perayaan yang ada di negeri ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan