KUCHING, 13 April: Aplikasi e-dompet Sarawak, Spay Global kini boleh ditambah nilai pada kadar minumum RM10, mulai hari ini.
Khabar baik itu diumumkan SPay Global menerusi notifikasi dalam aplikasi e-dompet terbabit sekitar jam 4 petang tadi berserta tanda pagar (hashtag) #hanyaRM10 dan #SPayGlobalPrihatin.
Sebelum ini, aplikasi e-dompet tersebut hanya menetapkan pengisian minimum berjumlah RM30 manakala kadar maksimum adalah RM3,000.
SPay Global merupakan aplikasi e-dompet yang diilhamkan Kerajaan Sarawak sebagai platform untuk penggunanya melakukan pembayaran tanpa tunai ‘cashless’ seperti pembayaran bil, parkir sekali gus turut menyediakan khidmat pemindahan wang. – TVS