Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengarah Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Datu Khirudin Drahman menerangkan maklumat berhubung pengendalian kebakaran kepada Timbalan Premier Sarawak Dato Sri Dr. Sim Kui Hian di Kuching, hari ini. Foto: Luqman Muhammad (TVS)

Sarawak perlu 21 balai bomba bomba baharu

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 13 April: Sarawak memerlukan tambahan 21 buah Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) mengikut kategori berbeza.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Datu Khirudin Drahman berkata, setakat ini hanya terdapat 39 BBP di seluruh negeri dan jumlah berkenaan tidak mencukupi untuk memberikan perkhidmatan kepada rakyat.

Katanya, keperluan BBP baharu itu berdasarkan kajian dilakukan selain faktor keluasaan negeri.

“Sarawak juga memiliki 56 pasukan sukarela bomba, sekiranya ada peruntukan, operasi pasukan ini boleh dinaik taraf bagi meyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir pada Kempen Keselamatan Kebakaran Sempena Musim Perayaan Hari Raya Aidilfitri yang dianjurkan oleh JBPM Sarawak dengan kerjasama Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) di Bazar Ramadan Stutong di sini, hari ini.

Kempen itu dirasmikan oleh Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr. Sim Kui Hian.

Mengulas lanjut mengenai keperluan balai bomba baharu, Khirudin berkata, beliau berharap Kerajaan Persekutuan memberi pertimbangan khas kepada perkara itu walaupun berdepan masalah peruntukan.

“Ini bagi membolehkan badan berunifom di Sarawak mampu menyediakan perlindungan kebakaran yang maksimum kepada semua masyarakat di negeri ini.

“Kita berharap supaya keputusan untuk membina BBP baharu di Sarawak dilihat dalam konteks lebih meluas, sesuai dengan keperluan di sini.

“Sebenarnya perkara ini telah saya utarakan kepada agensi Kerajaan Persekutuan yang terlibat,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan