Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Perlancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Snowdan Lawan (tiga kiri) bergambar bersama pihak penganjur Program SAGO Incubator selepas pra-pelancaran program tersebut di Tegas Digital Village di Kuching. Foto: TVS

Sarawak Gastonomy (SAGO) Incubator mula 2 Mei depan

KUCHING, 13 April: Usahawan berasaskan makanan di Sarawak sekali lagi berpeluang untuk menyertai program Sarawak Gastonomy (SAGO) Incubator pada 2 Mei depan.

Program 10 minggu itu bertujuan untuk membantu melengkapkan usahawan berasaskan makanan dengan kemahiran perniagaan, krativiti masakan dan perluang untuk mengembangkan rangkaian perniagaan mereka.

Timbalan Menteri Perlancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Snowdan Lawan berkata, industri makanan bukan sahaja menjadi antara sektor utama ekonomi Sarawak tetapi juga ia merupakan sektor yang menyediakan peluang perkerjaan terbanyak.

“Semasa pandemik COVID-19 melanda usahawan makanan timbul seperti cendawan selepas hujan iaitu orang yang tidak pandai memasak akan pandai memasak.

“Situasi tersebut terjadi disebabkan semua orang perlu bertahan hidup mencari rezeki masing-masing sepanjang tempoh pendemik tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika majlis Pra-Pelancaran SAGO Incubator di Tegas Digital Village di sini hari ini.

Menurut Snowdan, program itu yang memasuki tahun kedua telah berjaya memperlihatkan kejayaan peserta dari tahun lalu yang berjaya mempelbagaikan produk dan mengembangkan perniagaan mereka melalui bantuan serta sokongan pakar serta mentor dalam industri.

Justeru itu, beliau optimis program itu yang akan dilaksanakan bermula 2 Mei depan akan lebih berjaya berbanding tahun pertama penganjurannya.

“Saya yakin penganjuran pada tahun ini akan lebih berjaya bukan sahaja untuk melihat lebih ramai ramai usahawan makanan yang berkebolehan mengambil kesempatan daripada peluang ini dan sekali gus bersama-sama menyumbang kepada pembangunan industri makanan di Sarawak,” katanya.

Bagi program tahun ini, SAGO Incubator membuka penyertaan kepada 16 usahawan makananan untuk menyertai program 10 minggu berkenaan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan