Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
ADUN Bukit Assek, Joseph Chieng Jin Ek menyaksikan penyerahan sumbangan amal yang dikumpul.Foto: TVS

Program The Stage 3.0 berjaya kumpul RM2,100 untuk DFC

SIBU, 13 April: Dana sebanyak RM2,100 berjaya dikumpul melalui jualan amal sempena Program The Stage 3.0 telah disalurkan kepada Persatuan Destiny for Children (DFC).

Usaha murni itu dilaksanakan oleh Kelab Yartist dan Junior Chamber International (JCI) Seduan melalui jualan belon berbentuk bunga.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek, Joseph Chieng Jin Ek berkata, melalui The Stage 3.0 mereka telah berjaya menjual lebih 470 belon berbentuk bunga selama tiga hari penganjurannya.

ADUN Bukit Assek, Joseph Chieng Jin Ek ketika ditemui pemberita selepas penyerahan sumbangan kepada DFC pada hari ini. Foto: TVS

Jelas beliau, program tersebut turut mendapat sokongan Pusat Khidmat Bukit Assek yang menjadi platform bagi anak muda menyerlahkan bakat mereka.

“Ini merupakan kali pertama Program The Stage 3.0 dilaksanakan. Program sebegini sangat dialu-alukan kerana ia dapat memberi peluang kepada anak muda melibatkan diri bersama komuniti sekali gus menunjukkan rasa sayang dan peduli antara satu sama lain,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan itu hari ini.

Mengenai penganjuran siri ke-4 The Stage, beliau berkata, ia akan dianjurkan dengan pengisian yang berbeza.

Jelas beliau, ini supaya dapat menarik minat lebih ramai masyarakat tanpa mengira latar belakang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan