SIBU, 13 April: Sebanyak 28 kubur di Tanah Perkuburan Iban, Pulau Keladi, di sini telah diceroboh oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili berkata, pihaknya kini sedang giat mengesan suspek yang dipercayai melakukan perbuatan berkenaan.
Kata beliau, pada 7 April lepas, Balai Polis Lanang telah menerima laporan insiden itu yang dibuat oleh Tuai Rumah Tanjung Latap.
Baca artikel berkaitan:
- 1. 11 batu nisan dicabut dan dirosakkan di tanah perkuburan Islam di Sibu
- 2. Lelaki kurang siuman disyaki ceroboh kubur, ditahan
- 3. Kubur dirosakkan, pelaku disyaki cari barang berharga
“Hasil siasatan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu di situ juga mendapati terdapat kubur yang telah dirosakkan,” katanya menerusi kenyataan media lewat petang ini.
Beliau memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 297 Kanun Keseksaan.
Sehubungan itu, Zulkipli meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menghubungi pegawai penyiasat, Sarjan Mohd. Fairrul Noor Azlan di talian 017-3315589. -TVS