Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemain Kuching City FC skuad Bawah 22 tahun meraikan kemenangan menentang Selangor FC di Stadium UiTM Shah Alam pada malam tadi. Foto: Kuching City FC (Facebook)

Piala MFL: Kuching City FC raih kemenangan pertama, tewaskan Selangor FC 1-0

ByMuqri Aziz

SHAH ALAM, 13 Apr: Skuad Kuching City FC Bawah 22 tahun mencatat kemenangan pertamanya dengan menewaskan Selangor FC 1-0 dalam perlawanan Piala MFL di Stadium UiTM, Shah Alam semalam.

Terpaksa akur bermain 10 orang, skuad berkenaan berjaya merembat bola ke gawang lawan pada saat akhir menerusi Amir Amri Salleh.

Kemenangan itu sekali gus meletakkan pasukan kendalian Kamaruddin Annuar di tangga ke tujuh liga dalam Kumpulan B.

Kedua-dua pasukan memulakan perlawanan babak pertama dengan tempo yang perlahan dan hanya beberapa percubaan dilakukan di luar kotak penalti sehingga wisel penamat babak pertama.

Namun, pada babak kedua, kedua-dua pasukan nampak bersemangat mencari gol pertama.

Pada minit ke-66, pemain Kuching City FC, Diego Baggio Test, dilayangkan kad merah kerana menjatuhkan pemain Selangor FC di luar kotak penalti.

Gol tunggal dan kemenangan Kuching City FC hadir pada minit ke-90 hasil jaringan Amir menerusi tendangan di luar kotak penalti.

Kuching City FC akan bertemu dengan Kuala Lumpur City Extension pada 17 April ini di Stadium Negeri, Kuching. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan