Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penumpang bas yang sedang menunggu masa bertolak ke lokasi yang hendak dituju. Foto: TVS

Penumpang bas ekspress digalak beli tiket balik kampung awal

KUCHING, 13 April: Jualan tiket bas ekspress  di Kuching Sentral laku umpama ‘pisang goreng panas’ susulan orang ramai mulai membelinya untuk balik ke kampung halaman menjelang Aidilfitri ini.

Tinjauan TVS di sini menyaksikan tiket sudah mula dijual sejak 1 April lalu bagi memenuhi permintaan para penumpang yang setia menggunakan perkhidmatan itu.

 

Orang ramai yang sedang berbaris membeli tiket bas. Foto: TVS

Menurut penyelia tiket Bas Airasia, Mariana Kadir berkata, buat masa ini tiket bas masih boleh didapati namun penambahan perkhidmatan bas adalah tertakluk kepada permintaan pada hari terakhir Ramadan kelak.

“Bas Airasia selalu penuh tetapi sekarang belum penuh kerana kadangkala mereka datang membeli tiket pada saat akhir. Orang ramai selalunya datang berbaris membeli tiket sehari sebelum bertolak. Mungkin pada 19 dan 20 April, baharu kami menambah baru kami perkhidmatan bas namun ia bergantung dengan keadaan sehari sebelum Hari Raya,” katanya.

 

Bagi penyelia tiket bas Eva, Shella Lumpor pula, rekod pihaknya menjual tiket bas kali ini hampir habis namun menurutnya jualan tahun ini tidak memberangsangkan seperti tahun lepas.

“Setakat ini, perkhidmatan bas dari Kuching ke Mukah memang sudah penuh bermula 19 sehingga 21 April. Sambutannya agak baik kerana penumpang bas membeli awal dengan menempah tiket pada awal bulan April di Kuching Sentral ini atau menempahnya secara atas talian.

“Namun begitu, sambutannya agak kurang dari tahun sebelumnya kerana mungkin ada yang menaiki kereta untuk pulang ke kampung. Setakat ini belum ada perkhidmatan bas tambahan,” katanya.

Justeru itu, penyelia operator, Mohd Surieya menggalakkan orang ramai yang akan pulang ke kampung untuk beraya agar membeli tiket bas lebih awal bagi mengelakkan kehabisan tiket pada saat akhir nanti.

“Kebanyakan penumpang membeli tiket selepas menerima gaji kerana orang kita selalunya membeli pada saat akhir. Kadangkala, mereka tidak memperoleh tiket dan terpaksa menunggu tiket yang baharu sehingga membuatkan perjalanan mereka hendak pulang kampung tergendala beberapa hari.

“Saya berharap orang ramai membeli tiket lebih awal untuk pulang ke kampung bagi menyambut Hari Raya nanti agar tidak mengalami sebarang masalah pada saat akhir,” katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan