Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pegawai Perhubungan Awam Airasia, Hamdan Mohammad bergambar bersama pengamal media pada Majlis Berbuka Puasa bersama pengamal media di Hilton, Kuching Sarawak semalam.

Penerbangan tambahan AirAsia dengan tambang tetap ke Sarawak dapat sambutan

ByFarah Diyana Samsuddin

KUCHING, 13 April: Menjelang Aidilfitri kali ini, penerbangan tambang tetap AirAsia ke Sarawak pada seminggu sebelum dan seminggu selepas sambutan itu bagi memenuhi permintaan yang meningkat mendapat sambutan yang menggalakkan.

Khabar baik itu kata Ketua Hal Ehwal AirAsia Sarawak, Hamdan Mohamad, ia menawarkan promosi pulang ke kampung iaitu tambang tetapnya pada harga RM199 sehala.

Hamdan (dua daripada kanan) bersama Timbalan Presiden Persekutuan Persatuan Wartawan Sarawak (FSJA), Jacqueline Radoi David dan Presiden Persatuan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA) Ronnie Teo Teck Wei merakam kenangan bersama pengamal media yang lain. Foto: UKAS

Namun begitu, kata beliau tawaran adalah berdasarkan siapa cepat dia dapat (first come first serve) ekoran tawaran adalah terhad.

Pempengaruh TikTok, Tracey Edwina Hughes (dua daripada kiri) juga hadir memeriahkan majlis semalam. Foto: UKAS

“Bukan sahaja laluan ke Kuching ditawarkan tetapi juga merangkumi untuk terbang pulang ke Sibu dan Miri juga,” katanya.

Hamdan berkata demikian kepada pemberita pada majlis berbuka puasa AirAsia bersama pengamal media di Hotel Hilton, pada Rabu.

Susulan itu, Hamdan meminta pelanggan yang berhasrat untuk terbang ke destinasi balik kampung masing-masing untuk menempah tiket penerbangan dengan kadar segera.

Menurutnya ketika ini kerusi terutama bagi destinasi ke Kuching dari Kuala Lumpur dan Johor Bahru masih ditawarkan oleh syarikat penerbangan tambang murah tersebut.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan para pelanggan untuk siap sedia membeli lebihan bagasi ketika menempah tiket.

Antara pengamal media yang turut hadir. Foto: UKAS

“Sekiranya anda mempunyai muatan (berlebihan) sila beli lebihan bagasi agar situasi ini tidak membebankan anda ketika melancong,” ujarnya.

Malah, Hamdan meminta pengembara untuk hadir awal di lapangan terbang agar urusan daftar masuk serta perkara lain berjalan lancar.

AirAsia baru-baru ini (7 Mac) mengumumkan penerbangan tambahan dengan tambang tetap ke destinasi balik kampung pada Hari Raya Aidilfitri ini.

Tawaran RM199 sehala dari Semenanjung Malaysia ke Sarawak melibatkan tempoh tempahan sehingga 30 April bagi perjalanan antara 19 dan 21 April serta 28 dan 30 April.

Terdahulu, majlis berbuka puasa anjuran AirAsia semalam menghimpunkan sekitar 50 orang pengamal media Kuching termasuk pempengaruh TikTok.

Majlis berkenaan juga merupakan acara julung kali bagi pihak pengurusan AirAsia turun padang secara fizikal menemui pengamal media selepas penularan Covid-19 dua tahun lalu.

Destinasi berbuka puasa AirAsia berbuka puasa bersama pengamal media diteruskan lagi ke Sabah pada hari ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan