Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Suhaizan Kayat ( tengah) ketika hadir mewakili Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub pada pelancaran Program RAHMAH di sebuah pasar raya di Kota Samarahan, hari ini. Foto: Hafezzur Muzamir (TVS)

KPDN bekerjasama dengan Spay Global perluas inisiatif ReDI

ByHafeezzur Muzamir

KOTA SAMARAHAN, 13 April: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bekerjasama dengan aplikasi e-dompet Sarawak, Spay Global untuk memperluaskan Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI).

Baca artikel berkaitan >>>>> SPay Global kini boleh diisi nilai RM10

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub yang diwakili oleh setiausaha politiknya Suhaizan Kayat berkata, kerjasama itu bertujuan memastikan penjaja dan perusahaan kecil di sini boleh melibatkan diri dalam arus pendigitalan negara.

Ujarnya, kerjasama itu telah dimulakan dalam kalangan peniaga di Bazar Ramadan Rahmah (BRR) Kota Samarahan.

“Di sana (BRR Kota Samarahan), 40 buah gerai telah memperkenalkan proses pembayaran secara digital.

“Ini merupakan usaha yang sangat baik kerana kerajaan mahu memperluaskan lagi kaedah pembayaran secara dalam talian ini terutamanya di kawasan bandar kerana sambungan internet yang baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir mewakili Salahuddin pada pelancaran Program Jualan RAHMAH di Pasar Raya H&L Aiman Mall, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah KPDN Sarawak, Matthew Dominic Barin.

Sementara itu, Suhaizat menambah, menerusi kerjasama itu kelak, pemberian insentif sebanyak RM20 telah disalurkan kepada 1,000 pengguna awal  dalam bentuk e-wallet di BRR Kota Samarahan.

Katanya, inisiatif itu membabitkan kos keseluruhan sebanyak RM20,000.

“Saya difahamkan yang Kerajaan Sarawak turut memberi rebat enam sen yang bermakna pembeli akan dapat jumlah sama.

“Ini merupakan usaha yang baik untuk menggalakkan pengguna membayar secara dalam talian,” katanya.

Sementara itu, beliau memberitahu, Bazar Ramadan Kota Samarahan dipilih sebagai BRR kerana memenuhi kriteria iaitu 64 peniaga bersamaan dengan 46 peratus daripada jumlah keseluruhan 140 peniaga menawarkan Menu RAHMAH yang dijual pada harga yang berpatutan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan