PETALING JAYA, 13 April: Kerajaan akan mengumumkan harga istimewa tiket penerbangan kepada pelajar diĀ Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dalam masa terdekat.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata ia membabitkan pelajarĀ dari Sabah dan Sarawak yang melanjutkan pengajian di Semenanjung serta pelajar dari Semenanjung yang belajar di Sabah dan Sarawak.
Beliau berkata walaupun terdapat penambahanĀ jumlah penerbangan dan kapasitiĀ pesawat yang lebih besar,Ā ia masih tidak dapat menampung permintaan yang tinggi.
āUntuk pulang sambutĀ Hari Raya Aidilfitri, ketika ini hanya tinggal tiket kelas perniagaanĀ denganĀ harga tinggi ā¦Ā kita akan ada perancanganĀ untuk pelajar (membeli tiket)Ā dengan subsidi kerajaan,ā katanya.
Loke berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Berbuka Puasa Bersama Kakitangan Prasarana Malaysia Berhad di sini pada Rabu. – TVS