Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sekitar Majlis Penyerahan Inisiatif Bakul Rahmah oleh Pasaraya Everrise. Foto: Odleen Catherny (TVS)

Golongan B10 di Kuching terima inisiatif Bakul Rahmah hari ini

ByOdleen Catherny

KUCHING, 13 April: Sebanyak 350 individu dalam kalangan B10 menerima Bakul Rahmah daripada sebuah pasaraya di sini menerusi pendekatan dari rakyat untuk rakyat.

Inisiatif pasaraya yang ingin membantu golongan berpendapatan RM2,500 sebulan itu juga menawarkan dua jenis pakej untuk dibeli golongan terbabit yang memerlukan.

Rombongan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup meninjau harga barangan di Pasaraya Everrise. Foto: TVS

Simbolik penyerahan inisaitif itu telah disempurnakan pada Jelajah Rahmah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup yang diwakili oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pendayaupayaan Pengguna), Datin Roszanina Wahab dan Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Salahuddin Ayub, Suhaizan Kaiat, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, sebanyak 350 buah bakul makanan bernilai RM13,485.40 itu telah diserahkan kepada lima organisasi yang terdiri daripada Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Ragad Foundation, Pertubuhan Pembangunan Insan Sarawak, Cats FM dan Sarawak Children’s Cancer Society.

Sumbangan itu bertujuan untuk membantu kumpulan sasar yang terlibat meringankan beban kos sara hidup mereka.

Rombongan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup meninjau harga barangan di Pasaraya Everrise. Foto: TVS

Untuk rekod sebanyak 650 Bakul Rahmah diserahkan kepada golongan sasar di Sarawak merangkumi 300 buah telah diserahkan di Miri pada 17 Mac lalu.

Setakat ini, inisiatif Bakul Rahmah telah berjaya membantu lebih dari 34,000 Ketua Isi Rumah golongan B10 melibatkan lebih daripada 12,000 bakul telah diagihkan di seluruh negara sepanjang bulan Ramadan 2023. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan