Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Parlimen Penampang, Datuk Ewon Benedick menyerahkan salinan laporan rasmi kemalangan Double Six kepada keluarga mangsa. Foto: TVS

Ewon Benedick serahkan salinan kemalangan Double Six kepada keluarga mangsa

KOTA KINABALU, 13 April: Salinan laporan rasmi kejadian pesawat terhempas Double Six mula diserahkan kepada keluarga mangsa hari ini.

Penyerahan itu dilakukan selepas hampir 47 tahun tragedi itu berlaku pada 6 Jun 1976.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata, kerajaan sebelum ini memutuskan untuk menurun taraf bukti menyahklasifikasi laporan itu agar dapat diberikan kepada keluarga mangsa dan untuk pengetahuan rakyat.

Ahli Parlimen Penampang, Datuk Ewon Benedick menyerahkan salinan laporan rasmi kemalangan Double Six mula diserahkan kepada keluarga mangsa. Foto: TVS

“Saya bersama Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd. Ali berbangga kerana kami dapat memainkan peranan untuk menyakinkan Kabinet agar menyahklasifikasi laporan ini dan dipersetujui oleh Perdana Menter,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas hadir menyerahkan salinan laporan rasmi kemalangan Double Six kepada keluarga mendiang Datuk Peter Mojuntin di Kampung Hungab, Penampang, di sini hari ini.

Menurutnya, beliau bersama Armizan sebelum itu telah mengadakan perbincangan dengan Peguam Negara untuk meminta rayuan ditarik balik dan telah dipersetujui oleh kerajaan untuk pengetahuan umum.

“Kita ingin menyampaikan rasa simpati kepada ahli-ahli keluarga pemimpin negeri yang sebenarnya boleh membawa Sabah ke satu hala tuju mengikut acuan mereka jika masih hidup namun kerana peristiwa malang itu, kita kehilangan pemimpin yang besar di Sabah,” katanya.

Ditanya mengenai tindakan susulan oleh keluarga mangsa selepas menerima laporan berkenaan, Ewon berkata setakat ini Kabinet belum dimaklumkan berkaitan sebarang permohonan secara rasmi daripada waris keluarga terlibat.

“Saya membaca kenyataan daripada Datuk Donald Mojuntin selaku anak kepada mendiang Datuk Peter Mojuntin yang mencadangkan supaya ada siasatan seterusnya dan permintaan beliau ialah supaya buku Peter Mojuntin, The Golden Son Of The Kadazan dapat diedarkan,” katanya lagi.

Pada masa sama katanya, kerajaan akan mendapatkan sebahagian lagi laporan kemalangan yang disediakan secara berasingan oleh Australia untuk didedahkan kepada keluarga mangsa.

Kemalangan itu berlaku apabila kapal terbang dari Labuan terhempas di Sembulan ketika menghampiri Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Nahas itu mengorbankan 11 nyawa termasuk Ketua Menteri Sabah ketika itu Tun Fuad Stephens dan barisan pemimpin kanan negeri Sabah. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan