Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Junaidi Reduan ketika meninjau bazar Ramadan Semarak di Kuching pada Rabu. Foto: TVS

DBKU tidak had permit jualan bazar Ramadan – Datuk Bandar

KUCHING, 13 April: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) tidak mengehadkan permit untuk berniaga pada Ramadan, kata Datuk Bandar Kuching Utara Datu Junaidi Reduan.

Mengehadkan permit perniagaan seolah-olah menyekat rezeki mereka yang ingin berniaga, katanya yang diminta mengulas mengenai isu rungutan jualan bazar Ramadan kurang laris di beberapa lokasi.

“Saya tidak akan mengehadkan permit untuk para peniaga berniaga. Jadi bagi saya, persaingan sihat perlu ada dalam menarik pelanggan. 

“DBKU sentiasa memudahkan urusan peniaga untuk mendapatkan permit,” katanya ketika ditemui selepas berkunjung ke Bazar Ramadan Semarak dan Sukma di sini, semalam.

Menurutnya, sektor swasta juga ingin menyediakan tapak bazar dan DBKU tidak dapat menghalang tetapi perlu mengawal kebersihan di bazar dari segi kebersihan makanan dan kebersihan sampah sarap.

“Kita perlu memudahkan urusan orang ramai yang hendak mencari rezeki dengan memberi permit kepada mereka tetapi mereka perlu menjaga kebersihan makanan dan kebersihan sampah sarap di kawasan bazar,” katanya.

DBKU katanya amat mengutamakan kebersihan makanan dan persekitaran di bazar Ramadan demi kesihatan dan keselesaan pengunjung.

Junaidi berkata, tiada isu berkaitan kebersihan bazar Ramadan di bawah seliaan DBKU setakat ini.

Pada tahun ini, DBKU menyelia tiga bazar Ramadan di Sukma, Semarak dan Satok. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan