Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota bomba memastikan kebakaran sudah dipadam sepenuhnya sebelum menamatkan operasi. Foto: Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak

Bilik stor di tingkat dua musnah terbakar

SIBU, 13 April: Sebuah stor pelbagai guna di tingkat dua Bangunan Borneo Mart di Jalan Wong Soon Kai terbakar dalam satu kejadian malam tadi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon Sibu, Penguasa Kanan (PgKB 1) Andy Alie berkata, pihaknya menerima panggilan pada 10.31 malam.

Susulan itu, katanya, seramai sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral diarahkan ke lokasi kejadian.

“Kebakaran berjaya dikawal 18 minit kemudian sebelum dipadam sepenuhnya pada jam 11.30 malam,” katanya dalam satu kenyataan.

Kerja-kerja pemadaman turut mendapat bantuan 11 anggota bomba daripada BBP Sungai Merah.

Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan