Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Aroma Sungkei – Episod 21 | Resipi Terung Asam Bakar Balado dan Sagu Gula Apong

ByTVS

MASAKAN apa yang disajikan dalam Aroma Sungkei kali ini? Ikuti rancangan Sungkei Episod 21 yang telah disiarkan di TVS Saluran 122 Astro dan MYTV pada Rabu (12 April).

Dua menu yang dihidangkan ialah Terung Asam Bakar Balado dan Sagu Gula Apong. Sekiranya anda ingin mencuba, dua resipi sajian ada di bawah.

Terung Asam Bakar Balado

Bahan-bahan:

1 biji terung asam

3 cili padi

3 biji bawang merah

1 ulas bawang putih

5g ikan bilis

2 cm belacan

1 helai daun kunyit

Gula

Garam

Cara memasak:

  1. 1. Bakar terung asam sehingga kulit kehitaman
  2. 2. Kisar bawang merah, bawang putih, cili padi, belacan & ikan bilis
  3. 3. Tumis bahan kisar sehingga naik bau
  4. 4. Masukkan hirisan daun kunyit
  5. 5. Hiris terung asam & letakkan sambal diatas terung asam
  6. 6. Sedia dihidang

Sagu Gula Apong

Bahan-bahan:

1 cawan sagu merah

1/2 cawan gula apong

1 cawan santan

Cara penyediaan:

  1. 1. Rebus sagu sehingga masak
  2. 2. Cairkan gula apong
  3. 3. Masak santan dan masukkan secubit garam
  4. 4. Sedia dihidang

 

Aroma Sungkei bersiaran setiap hari sepanjang Ramadan pada jam 5.15 petang, ulangan keesokan harinya jam 10.15 pagi di TVS saluran 122 Astro dan MYTV. 

Anda juga boleh menonton episod penuh Aroma Sungkei di YouTube TVS Entertainment dan sedutan menarik di media sosial TVS Entertainment di FacebookInstagram dan TikTok. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan