Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah kereta jenis BMW 330E yang bertembung dengan kereta Proton Saga dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 47 Jalan Alor Setar-Butterworth malam tadi. Foto: PDRM

Tunggang motosikal tiada lampu, penganggur maut dilanggar kereta

SUNGAI PETANI, 12 April: Gara-gara menunggang motosikal yang dipercayai tidak mempunyai lampu belakang, seorang lelaki terbunuh selepas dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kereta di Jalan Lencong Barat di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu, mangsa berusia 49 tahun yang mengalami kecederaan parah pada kepala meninggal dunia kira-kira dua jam selepas kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner (ACP) Zaidy Che Hassan berkata, kemalangan itu membabitkan motosikal jenis Modenas Kriss dan BMW S1000 serta sebuah kereta jenis Volkswagen Golf yang datang dari arah sama iaitu Semeling menghala ke Sungai Jagung.

Ujarnya, kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu kereta tidak menyedari Modenas Kriss sebelum terlanggar belakang motosikal itu yang dipercayai tiada lampu belakang di lorong kanan.

“Kemudiannya, datang motosikal BMW S1000 dari arah belakang tidak sempat mengelak, lalu terlanggar Modenas Kriss yang telah terjatuh.

“Akibat kemalangan, penunggang kedua-dua buah motosikal yang cedera dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim bagi mendapatkan rawatan, namun penunggang Modenas Kriss meninggal dunia kira-kira pukul 12.05 tengah malam tadi,” katanya kepada pemberita hari ini.

Ujar Zaidy lagi, siasatan mendapati mangsa yang tidak bekerja itu menunggang dalam keadaan tiada lesen memandu selain motosikal telah tamat cukai jalan pada 2007.

Dalam perkembangan berasingan, beliau berkata, seorang kontraktor lelaki maut dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta di Kilometer 47 Jalan Alor Setar-Butterworth di sini kira-kira pukul 12.55 tengah malam tadi.

Ujarnya, pemandu kereta jenis Proton Saga berusia 30 tahun meninggal dunia di tempat kejadian selepas keretanya yang memasuki laluan bertentangan bertembung dengan kereta jenis BMW 330E dipandu seorang jurutera lelaki berusia 37 tahun.

Kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan