Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tiga penunggang lelaki terkorban selepas motosikal ditunggangi mereka melanggar sebuah treler di Jalan Tanjung Musang di sini malam tadi. Foto: PDRM

Tiga penunggang motosikal terbunuh langgar belakang treler

ByTVS

ALOR SETAR, 12 April: Tiga remaja terkorban selepas motosikal yang ditunggangi mereka secara berasingan merempuh belakang sebuah treler di Jalan Tanjung Musang di sini pada Selasa.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.50 malam itu, mangsa barusia 19, 21 dan 23 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Seorang lagi remaja lelaki berusia 14 tahun yang menunggang motosikal berasingan dilaporkan mengalami kecederaan ringan.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner (ACP) Ahmad Shukri Mat Akhir, kejadian berlaku ketika empat buah motosikal datang dari arah Alor Setar menghala ke Jabi.

Katanya, kesemua mangsa dipercayai gagal mengelak treler berkenaan yang baharu bergerak keluar dari simpang di sebuah stesen minyak.

“Ketika treler bergerak di lorong kiri, secara tiba-tiba empat buah motosikal dari arah belakang telah merempuh belakang kenderaan itu.

“Akibat impak kemalangan, tiga penunggang disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala seorang lagi cedera pada muka dan tangan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, mayat ketiga-tiga mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan