Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mohammad Razi Sitam (dua dari kanan) dan Mohamad Duri (bersongkok) menyantuni salah seorang pengunjung yang hadir bagi mengambil bubur lambuk. Foto: TVS

Terbitkan lebih banyak program promosi kepelbagaian kaum di Sarawak

KUCHING, 12 April: Stesen televisyen tempatan yang beroperasi di sini dicadangkan agar menganjurkan program yang menampilkan kepelbagaian kaum di Sarawak, kata Mohammad Razi Sitam.

Timbalan Menteri Pembangunan, Kesejahteraan dan Komuniti Sarawak itu berkata, pada masa sama beliau juga berharap agar liputan berita dapat diperluaskan kepada penonton di kawasan pedalaman.

“Selain itu, stesen televisyen juga boleh mengadakan jerayawara bersama penduduk di kawasan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Drive-Thru @ RTM 2023 di perkarangan tempat letak kereta Radio Televisyen Malaysia (RTM) di sini petang tadi.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri dan Pengarah Penyiaran Negeri Sarawak, Nasrul Hakim Md. Noh.

Sementara itu, Mohammad Razi juga turut mengucapkan tahniah kepada RTM yang kini telah berusia 77 tahun.

“RTM mampu mencapai misi kerajaan untuk melahirkan generasi berbakat dan meneruskan kesinambungan seni tempatan.

“Kerajaan negeri juga yakin dengan beberapa penerbitan program di RTM seperti Bintang Kecil, Bintang P. Ramlee dan terbaharu Sape Junior dalam melahirkan bakat baharu di Sarawak.

“Selain program hiburan, saya berharap stesen penyiaran termasuk RTM memikirkan juga program yang mampu mempromosikan kebudayaan di Sarawak,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan