Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar kenangan Koperal Mohammad Nasri Mohd Nasib yang dirakam bersama ibunya Fadzilah Bakar. Foto: Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican

Tentera hilang di hutan ditemukan meninggal dunia

IPOH, 12 April: Anggota tentera yang dilaporkan hilang sejak lima hari lalu ketika menyertai operasi di Hutan Simpan Royal Belum, Gerik ditemukan meninggal dunia hari ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat dipercayai Koperal Mohammad Nasri Mohd. Nasib, 33, oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR).

Baca artikel berkaitan >>> Anggota tentera hilang di Hutan Simpan Royal Belum, Perak

Katanya, mangsa ditemukan pada pukul 10.15 pagi tadi.

Difahamkan, Mohammad Nasri merupakan anak tunggal kepada Ketua Wanita UMNO Cawangan Pengkalan Sena, Pulau Pinang, Fadzilah Bakar.

Jenazah akan dibawa pulang ke kampung halamannya selepas proses bedah siasat di Hospital Gerik dan dijangka dikebumikan di Pulau Mertajam, Kepala Batas, Pulau Pinang.

Terdahulu, TVS kelmarin melaporkan seorang anggota tentera dari Batalion ke-25 RAMD Kem Sri Bentong, Pahang hilang di kawasan pedalaman hutan berkenaan kira-kira pukul 5 petang pada Jumaat.

Mangsa bersama lima anggota lain dikatakan sedang melakukan operasi di kawasan penugasan dan usaha SAR oleh Angkatan Tentera Malaysia dimulakan pada hari sama. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan