Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
ADUN Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing mengedarkan bubur lambuk kepada orang ramai pada Program Agihan Bubur Lambuk anjuran SABERKAS Meradong semalam. Foto: TVS

SABERKAS Meradong edar bubur lambuk, dekati masyarakat

BINTANGOR, 12 April: Kemeriahan Ramadan diteruskan Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Meradong dengan mengagihkan sebanyak 300 bungkus bubur lambuk kepada masyarakat di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing berkata, agihan berkenaan bertujuan untuk mendekatkan SABERKAS dengan masyarakat khususnya golongan muda dari pelbagai kaum dan latar belakang di daerah tersebut.

Menurutnya SABERKAS Meradong terus aktif memainkan peranan sebagai platform komuniti belia untuk mengasah bakat sekali gus membentuk keperibadian mereka.

Sehubungan itu katanya, SABERKAS Meradong merancang pelbagai aktiviti sempena sambutan ke-50 pertubuhan itu.

“Kita akan mengadakan lebih banyak aktiviti termasuk program sukan seperti futsal, bola sepak dan lain-lain. Saya berharap terutama golongan belia di Meradong mengambil bahagian dalam semua aktiviti yang diadakan tidak lama lagi, mungkin selepas bulan Ramadan dan Hari Raya,” katanya pada Program Agihan Bubur Lambuk anjuran SABERKAS Meradong pada Selasa.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi SABERKAS Meradong, Qalam Iko berkata, SABERKAS Meradong yang melibatkan sembilan ranting telah mengadakan mesyuarat agungnya pada Mac lalu.

Ujarnya, pelbagai pendekatan akan terus dilaksanakan bagi mendekatkan SABERKAS dengan masyarakat khususnya golongan muda dari pelbagai kaum dan latar belakang di daerah tersebut.

“Semua kaum terlibat iaitu kaum Melayu, Cina, Iban dan lain-lain dalam pertubuhan ini. Setakat ini, seramai 500 orang yang aktif sebagai ahli SABERKAS Meradong. Kalau kita melihat statistik yang lama, hampir 3,000 orang ahli SABERKAS Meradong. Program kita hari ini selari dengan program yang dianjurkan peringkat ibu pejabat SABERKAS di mana program bubur lambuk ini diadakan pada setiap tahun,” katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan