Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lee Kim Shin (dua dari kiri) melakukan tinjauan di Jeti Terminal Satu Sarikei, hari ini. Foto: TVS

Projek mendalamkan lokasi pontun Terminal Satu Sarikei akan dilaksana

SARIKEI, 12 April: Projek mendalamkan lokasi pontun di Jeti Terminal Satu Sarikei, di sini bakal dilaksanakan tidak lama lagi, kata Dato Sri Lee Kim Shin.

Beliau yang juga Menteri Pengangkutan Sarawak berkata, ini berikutan pihaknya mengesan kawasan itu mengalami masalah kecetekan sehingga menyukarkan pendaratan terutama ketika air surut.

Kata Kim Shin, ini mengakibatkan pontun di situ mengalami kerosakan serta tidak selamat untuk digunakan.

“Projek mendalamkan lokasi pontun perlu dilakukan kerana sekarang ia sangat cetek. Semuanya perlu diperbaiki,” katanya ketika melakukan tinjauan di jeti berkenaan hari ini.

Sebelum ini, pontun jeti terminal tersebut dilaporkan kerap mengalami kerosakan sekali gus menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pengguna dan pengusaha bot yang beroperasi dari Tanjung Manis, Daro dan Pulau Bruit.

Sementara itu, Kim Shin turut memberitahu, tender projek berkenaan akan dikeluarkan bagi mendapatkan maklumat mengenai kos perlaksanaan.

Berhubung Aidilfitri yang bakal tiba pula, beliau mengingatkan pengendali bot penumpang agar sentiasa mengutamakan aspek keselamatan.

“Ini termasuklah memastikan bot mereka dalam keadaan baik selain menyediakan jaket keselamatan yang mencukupi,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan