Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki rentung dalam kebakaran sebuah rumah kedai di Jalan Sri Bahari di sini awal pagi tadi. Foto: JBPM

Lelaki rentung rumah kedai dua tingkat hangus

GEORGE TOWN, 12 April: Seorang lelaki ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah rumah kedai dua tingkat di Jalan Sri Bahari di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, mangsa yang belum dikenal pasti identiti dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Jamil Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.11 pagi sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak, BBP Bagan Jermal dan BBP Lebuh Pantai bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, tiga jentera bersama 40 anggota telah ditugaskan untuk memadamkan kebakaran di premis yang berkeluasan kira-kira 130 meter persegi itu.

“Sebaik tiba, kita dapati kebakaran membabitkan sebuah rumah kedai dua tingkat dengan anggaran kemusnahan kira-kira 90 peratus.

“Api berjaya dikawal pada pukul 4.43 pagi sebelum menemukan seorang mangsa lelaki di lantai bilik air tingkat bawah sebelum operasi ditamatkan pukul 7.06 pagi,” katanya kepada pemberita.

Tambah Jamil, mangsa dipercayai lelaki orang kurang upaya (OKU) berdasarkan maklumat daripada jiran dan dikatakan menyewa rumah kedai itu bagi menyimpan barang lusuh yang dikutip.

“Premis ini tiada bekalan elektrik dan kemungkinan penyewa menggunakan lilin sebagai sumber cahaya yang dipercayai menjadi punca kebakaran,” katanya lagi.

Ia merupakan insiden ketiga membabitkan kematian akibat kebakaran yang dilaporkan di negeri ini dalam tempoh tiga hari.

Terdahulu, TVS melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun ditemukan rentung selepas sebuah rumah di Kampung Pisang, Air Itam di sini dijilat api kira-kira pukul 1 pagi kelmarin.

Sementara itu, dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang semalam di Kampung Alma, Bukit Mertajam, seorang wanita OKU dilaporkan maut dalam kebakaran sebuah rumah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan