Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Orang ramai menunaikan kewajipan membayar zakat fitrah di salah sebuah kaunter awam di Sibu. Foto: TBS Sibu

Kaunter zakat fitrah di Sibu jadi tumpuan menjelang akhir Ramadan

SIBU, 11 April: Berbaki beberapa hari lagi Ramadan, kaunter bayaran zakat fitrah terus menjadi tumpuan masyarakat Islam untuk menunaikan kewajipan masing-masing.

Kebiasaannya bilangan mereka yang menunaikan zakat fitrah meningkat seminggu sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Menurut seorang amil di Meradong, Jafaar Majid, walaupun kini terdapat pelbagai kaedah pembayaran zakat termasuk secara dalam talian ditawarkan, namun sebahagian besar pembayar zakat fitrah di sini masih memilih kaedah bersemuka.

“Mungkin mereka berpendapat kaedah ini lebih baik atau sudah terbiasa sejak dahulu lagi, tambahan pula doa akan dibacakan selepas bayaran zakat secara dilakukan,” katanya kepada TVS.

Sementara itu, Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) turut menyediakan pelbagai kaedah pembayaran termasuk di semua kaunter TBS dan melalui 783 amil di seluruh Sarawak.

Bayaran zakat fitrah juga boleh dibayar secara dalam talian melalui portal rasmi Baitulmal Kamek dan aplikasi TBS.

Selain itu, zakat juga boleh ditunaikan melalui perbankan dalam talian seperti Maybank2u, Maybank Qrpay, Bank Muamalat QR Pay, MyEG, SnapNPay dan Sarawak Pay. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan