KUCHING, 10 April: Episod kesembilan menyaksikan penyingkiran Priscilla dan Dearie meninggalkan peserta Dara Kenyalang yang lain.
Dalam cabaran pakaian tradisional semalam mereka ditugaskan menyelesaikan dua tugasan iaitu mereka perlu mengenakan pakaian tradisional kaum Orang ulu, Bidayuh dan Iban pada model.
Manakala tugasan kedua pula yang bertemakan etnik kontemporari iaitu mereka menghasilkan pakaian yang kreatif pada anak patung.
Episod berkenaan menyaksikan mereka telah dibahagikan beberapa kumpulan iaitu kumpulan pertama adalah Dearie dan Priscilla, kumpulan kedua; Alicia dan Tonnia, kumpulan ketiga; Lofrenska dan Steffy serta kumpulan terakhir; Clera dan Desheila.
Pemenang bagi cabaran kali ini adalah kumpulan ketiga iaitu Lofrenska dan steffy yang melayakkan mereka mendapat imuniti dari tersingkir.
Episod lepas, Monica dan Amanda telahpun tersingkir dan untuk episod semalam tiga nama yang berada dalam tiga kebawah adalah Priscilla, Dearie dan Desheila.
Juri jemputan yang hadir dalam episod sembilan pengasas Borneo Doll, Wesley Hilton sekali gus menjadi mentor bagi cabaran episod semalam.
Tersisa tujuh sahaja lagi peserta Dara Kenyalang yang harus meneruskan perjalanan mereka sehingga ke pentas akhir. Siapakah yang akan tersingkir pada minggu hadapan? Nantikan episod kesepuluh Dara Kenyalang pada minggu hadapan.
Agaknya, siapakah yang akan bakal dinobatkan sebagai ratu Dara Kenyalang?
Jangan lupa Saksikan Dara Kenyalang setiap hari Ahad pukul 3:00 petang dan siaran ulangan pada setiap Rabu 2 petang dan setiap hari Jumaat 8:45 malam hanya di TVS saluran 122 Astro dan MYTV.
Ikuti perkembangan Dara Kenyalang di semua laman media sosial @dara_kenyalang dan @tvs_entertainment dan layari laman sesawang kami di www.tvstv.my
Tonton siaran ulangan episodic Dara Kenyalang di sini: Dara Kenyalang Episodic