Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebahagian PATI yang diusir oleh Jabatan Imigresen Sabah ke negara asal hari ini. Foto; Jabatan Imigresen Negeri Sabah

183 PATI di Sabah diusir pulang

TAWAU, 12 April: Jabatan Imigresen Sabah mengusir seramai 183 pendatang asing tanpa izin (PATI) Indonesia menerusi Program Pemindahan Tahanan PATI Siri 9.

Pengarahnya, Datuk SH Sitti Saleha Habib Yusoff berkata, program itu melibatkan pemindahan PATI di Depot Imigresen Tawau dengan kerjasama Konsulat Jeneral Republik Indonesia.

Katanya, mereka dihantar pulang ke Pulau Nunukan, Indonesia menerusi Pelabuhan Tawau di sini.

Program itu melibatkan seramai 145 tahanan lelaki, 31 tahanan wanita dan enam kanak-kanak yang dihantar bersama ibu bapa mereka dengan purata kesemua mereka dari bawah 12 bulan sehingga 57 tahun. Foto: Jabatan Imigresen Negeri Sabah

“PATI yang diusir terdiri daripada seramai 145 tahanan lelaki, 31 wanita dan enam kanak-kanak yang kesemua berumur antara setahun sehingga 57 tahun.

“Proses pemindahan dilakukan dengan kawalan ketat sehingga mereka masuk ke dalam kapal laut.

“Kesemua tahanan melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Sementara itu, beliau turut mengingatkan  warga asing yang masuk ke Sabah untuk sebarang urusan supaya memiliki dokumen sah supaya tidak dikenakan tindakan. -TVS 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan