Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menunaikan solat berjemaah pada Majlis Iftar Ramadhan warga PDRM Kontijen Sarawak di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Sarawak semalam. Foto: TVS

Puasa bukan penghalang PDRM menjalankan tugas – Mohd Azman

KUCHING, 10 April: Puasa bukan penghalang kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaksanakan tugas dan tanggungjawab  untuk menjaga keselamatan awam, kata Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Mohd Azman Ahmad Sapri.

Tegasnya PDRM khasnya Kontijen Sarawak akan sentiasa memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat terpelihara walaupun dibulan Ramadhan.

Justeru itu, penguatkuasaan akan diteruskan seperti pada bulan-bulan sebelumnya kerana ia merupakan fokus utama PDRM selaras dengan Akta Polis Seksyen 3 (3)

“Walaupun di bulan Ramadhan dan sedang berpuasa ia bukan penghalang kepada PDRM untuk menjalankan kewajipan menjaga keamanan dan ketenteraman awam.

“Pada masa yang sama kita akan terus komited dan berkolaborasi dengan kerajaan negeri dalam mengekalkan hubungan baik dan meningkatkan mutu perkhidmatan kepada masyarakat Sarawak,” katanya.

Mohd Azman berkata demikian dalam ucapannya di Majlis Iftar Ramadhan warga PDRM Kontijen Sarawak di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Sarawak pada Isnin.

Program yang dianjurkan oleh PDRM Kontijen Sarawak itu turut dihadiri Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Majlis turut menyaksikan  Abang Johari turut menyampaikan sumbangan kepada 10 anak yatim dalam kalangan warga PDRM.

Beliau turut bersama tetamu yang hadir menunaikan solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah di Surau Darul Ibadah.

Turut hadir Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, DCP Dato Mancha Ata serta Ketua-Ketua Jabatan IPK Sarawak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan