Pengarah Urusan Alpine Integrated Solution Sdn Bhd Anita Jacobson berkata MoU itu akan ditandatangani antara kerajaan dan syarikat, serta antara syarikat dan syarikat.
D-41 until LIMA 2023 ✈🚢
Online ticket sales for Public & Trade Visitor is now open!Go visit https://t.co/uKNhDR6CPP for more information to register and purchase your ticket.#LIMA2023 #LetsGoLIMA2023 #Aerospace #Maritime #MalaysiaExhibition #AlpineIntergratedSolution pic.twitter.com/beFI7TapC5
— LIMA2023 (@2023LIMA) April 11, 2023
Beliau berkata LIMA 2023 juga diunjur menyaksikan kesan ekonomi ke atas pemain dan vendor tempatan dalam anggaran RM250 juta di sepanjang acara selama lima hari itu.
Mengenai penyertaan syarikat, beliau berkata pada masa ini, 600 syarikat telah mendaftar untuk menyertai dengan 70 peratus penyertaan daripada syarikat antarabangsa merentasi 30 negara dan 30 peratus lagi daripada syarikat tempatan.
“Kami melihat perniagaan aeroangkasa sekitar 60 peratus, dengan 40 peratus daripada industri maritim,” katanya dalam temu bual eksklusif dengan Bernama.
Anita berkata Alpine yang merupakan penganjur LIMA 2023, yakin dapat menarik lebih banyak pelaburan asing, terutamanya dengan penglibatan pemain terbesar dunia seperti Airbus, Boeing, Embraer, Lockheed Martin dan peserta dari Turki.
LIMA 2023 melibatkan dua kementerian iaitu Kementerian Pertahanan (Industri Pertahanan Maritim dan Aerongkasa) dan Kementerian Pengangkutan (Industri Komersil Maritim dan Aeroangkasa).
Pengarah Eksekutif Alphine Intergrated Solution Muhammad Aqlan Pacleb berkata Kementerian Pengangkutan menyumbang kepada 40 peratus penglibatan dari segi mendapatkan bilangan pempamer dan acara tahun ini akan menyaksikan 30 peratus penyertaan daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan.
“Kita mempunyai kira-kira 250,000 industri PKS berdaftar di Malaysia. Oleh itu, PKS ini boleh melihat pameran itu sebagai platform yang berpotensi untuk meneroka pasaran lain yang belum pernah mereka lihat sebelum ini,” katanya.
LIMA 2023 yang akan berlangsung dari 23 hingga 27 Mei depan adalah bertemakan ‘Titik Perhubungan Perdagangan Maritim dan Aeroangkasa Asia’.
Kali terakhir pameran dwitahunan itu dianjurkan adalah pada tahun 2019.