Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tangkap layar video menunjukkan Imam Masjid Omar di Paterson, Sayed El-Nakib, 65, ditikam oleh seorang lelaki ketika beliau dan jemaah lain sedang sujud. Foto: Agensi Anadolu.

Imam ditikam ketika solat Subuh di New Jersey

ByBernama

NEW YORK, 11 April: Seorang imam di New Jersey, Amerika Syarikat ditikam ketika mengimamkan solat Subuh pada Ahad.

Imam Masjid Omar di Paterson, Sayed El-Nakib, 65, ditikam oleh seorang lelaki ketika beliau dan jemaah lain sedang sujud, lapor Agensi Anadolu.

Perbuatan penyerang yang dikenali sebagai Serif Zorba, 32, dirakam kamera keselamatan masjid ketika dia meluru keluar dari saf melewati jemaah lain dan menikam imam itu menggunakan pisau.

Zorba berjaya ditangkap jemaah lain dan diserahkan kepada polis.

Dia juga didakwa mengugut orang ramai yang cuba menahannya.

El-Nakib yang mengalami kecederaan telah dibawa ke Hospital Saint Joseph.

“Zorba didakwa atas Percubaan Membunuh Darjah Pertama; Memiliki Senjata untuk Tujuan Haram Darjah Ketiga; dan Pemilikan Senjata Melanggar Undang-undang Darjah Keempat,” menurut kenyataan Pejabat Pendakwa Daerah Passaic.

Penyerang mendakwa dia berasal dari Istanbul dan berkomunikasi melalui bantuan penterjemah Turki ketika dihadapkan ke mahkamah.

Motif kejadian masih dalam siasatan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan