Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengerusi GJPBS, Ir. Irwan Zulkarnain Muhammad Hasbie. Foto: Nazirah Adlina (TVS).

GJPBS usul tubuh pusat kecemerlangan kejuruteraan kepada Premier Sarawak

ByNazirah Adlina

KUCHING, 11 April: Gabungan Jurutera Perunding Bumiputera Sarawak (GJPBS) mengemukakan usul untuk menubuhkan sebuah pusat kecemerlangan kejuruteraan kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Pengerusi GJPBS, Ir. Irwan Zulkarnain Muhammad Hasbie berkata, ia bertujuan untuk melatih ahli-ahli GJPBS dalam usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan ahli mereka.

“Kita hendak tubuh Pusat Kecemerlangan iaitu kita akan adakan kursus-kursus kejuruteraan dan teknikal,” katanya.

Beliau menambah dengan adanya pusat tersebut, ia akan sekali gus memberi akses kepada peralatan seperti perisian atau pengisian yang diperlukan oleh ahli GJPBS.

“Kami turut bercadang untuk menggunakan sistem perkongsian yang mana mereka boleh menggunakan perisian tersebut dengan kadar yang rendah untuk mereka jalankan perkhidmatan kejuruteraan,” jelas Irwan lagi.

Kata Irwan lagi, pusat tersebut turut bertujuan memberi latihan berkenaan prinsip asas kejuruteraan terutama sekali kaedah pengendalian software yang ada dalam pasaran kini.

Beliau berkata demikian selepas membuat kunjungan hormat kepada Premier Sarawak, Dato Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia, di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi GJPBS, Dato Winsel Ahtos, Setiausaha GJPBS, Ir. Ts. Noorazan Morshidi, Bendahari GJPBS, Ir. Ts. Zamhuri Drahman serta ahli-ahli jawatankuasa GJPBS.

Selain itu beliau turut berkata GJPBS berhasrat mahu bekerjasama dengan kerajaan negeri dalam membangunkan infrastruktur Sarawak.

“Antara perkara yang dibincangkan melibatkan projek yang mana pihak kami akan terus membuat libat urus dengan agensi-agensi yang terlibat.

“Terutama sekali pihak SFS, agensi DID, supaya kita dapat membaiki proses-proses perolehan dan juga memberi buah fikiran di mana kita dapat menyumbang ke dalam arus pembangunan projek-projek di negeri Sarawak,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memberitahu pihaknya akan menganjurkan majlis makan malam sempena memperingati ulang tahun gabungan merangkumi pengumuman anugerah kecermelangan jurutera akan dianugerahkan kepada firma yang memiliki prestasi cemerlang.

Majlis yang bakal berlangsung pada 16 Jun depan di sebuah hotel terkemuka Kuching tersebut turut menjangka kehadiran Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan