Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar hiasan. Foto: Envato

Bekalan telur, pengusaha kuih raya dinasihat hubungi KPDNHEP – Fatimah

MIRI, 11 April: Pengusaha kuih raya dinasihatkan mendapatkan khidmat nasihat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berhubung untuk mendapatkan bekalan telur pada musim perayaan ini, kata Dato Sri Fatimah Abdullah.

Perkara itu, menurut Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti antara cadangan kepada mereka agar dapat membeli bekalan telur terus daripada pembekal.

Dato Sri Fatimah Abdullah menyerahkan sumbangan kepada penerima pada Majlis Sejambak Kasih Miri di Hotel Dynasty pada hari ini. Foto: TVS

“Jadi pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberitahu sekiranya bekalan telur tidak mencukupi, beritahu mereka dengan segera kerana setakat ini bekalan telur mencukupi.

“Saya juga ada bertanya bagaimana hendak meringankan tanggungan yang membuat kek, biskut dan sebagainya. Pihak KPDNHEP memberitahu bahawa mereka yang bakerinya berdaftar boleh memberitahu kepada KPDNHEP dan pihak mereka akan memberitahu pembekal untuk membenarkan membeli terus dari pembekal tetapi dengan syarat bakeri itu mesti berdaftar,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Sejambak Kasih Miri di Hotel Dynasty di sini, hari ini.

Tambah beliau, bagi kaum wanita yang menjual biskut dan kek tetapi tidak berdaftar, mereka perlu memanjangkan perkara itu dengan menulis surat kepada KPDNHEP agar dapat berunding dengan pembekal jika didapati bekalan telur masih tidak mencukupi.

“Pihak KPDNHEP memberitahu bahawa mereka yang tidak memiliki bakeri berdaftar boleh menulis surat kepada KPDNHEP dan mereka akan melihat setiap kes tersebut.”

“Jadi, ini perkara yang kita hadapi sekarang dalam keadaan kos barang yang tinggi. Kadang-kadang dari segi bekalannya terhad. Kalau kementerian sudah memberitahu bekalan cukup, jadi maknanya kita perlu membuat laporan kalau tidak mencukupi. Kelak mereka akan berunding dengan pembekal barang kawalan ini,” katanya lagi.

Terdahulu, Majlis Sejambak Kasih sempena Hari Raya Aidilfitri menyaksikan seramai 100 orang menerima wang tunai bernilai RM100 di samping saguhati bernilai RM80 daripada Jabatan Kebajikan Malaysia Sarawak (JKMS) bahagian Miri dan RM150 daripada pihak Hotel Dynasty.

Manakala 902 penerima yang tidak berpeluang hadir dikreditkan RM100 ke dalam akaun masing-masing, menjadikan sejumlah 1,002 orang penerima bantuan bahagian Miri menerima sumbangan dengan jumlah sumbangan sebanyak RM100,200. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan