Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Aroma Sungkei – Episod 20 | Resipi Nasi Goreng Dabai dan Rojak Sotong Kangkung

 

SAJIAN apa yang dihidang dalam Aroma Sungkei kali ini? Ikuti rancangan Sungkei Episod 20 yang telah disiarkan di TVS Saluran 122 Astro dan MYTV pada Selasa (11 April).

Dua menu yang dihidangkan ialah Nasi Goreng Dabai dan Rojak Sotong Kangkung. Sekiranya anda ingin mencuba, dua resipi sajian ada di bawah.
 

Nasi Goreng Dabai

Bahan-bahan:

6 bawang merah

3 bawang putih

6 biji cili kering

Garam

5 dabai jeruk

2 mangkuk nasi

 

Cara memasak:

Kisar bawang merah, bawang putih dan cili kering

Tumis bahan kisar sehingga naik bau

Masukkan dabai jeruk dan nasi

Goreng sehingga sebati

Masak selama 3 minit

Sedia dihidang

 

Rojak Sotong Kangkung

Bahan-bahan:

3 ekor sotong kembang

300g kangkung

3 sudu sos plum

6 sudu petis

1 biji limau

6 sudu kacang tumbuk

1 sudu gula

2 sudu teh cili tumbuk

 

Cara penyediaan:

Potong memanjang sotong kembang.

Potong kangkung sepanjang 5 cm setiap batang.

Campurkan petis bersama sos plum bersama sotong dan kangkung dengan petis yang sudah dicampur sos plum.

Tambah kacang dan cili tumbuk. Sedia dihidang

 

Aroma Sungkei bersiaran setiap hari sepanjang Ramadan pada jam 5.15 petang, ulangan keesokan harinya jam 10.15 pagi di TVS saluran 122 Astro dan MYTV. 

Anda juga boleh menonton episod penuh Aroma Sungkei di YouTube TVS Entertainment dan sedutan menarik di media sosial TVS Entertainment di FacebookInstagram dan TikTok. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan